"Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri di akhirat kelak."

Wednesday, March 25, 2009

BOsannnyer

lama tak update blog nie...
pning sekarang nie..nak cari idea untuk wat hantaran dan barang-barang lain
Huh...bleh tahan gak ea nak uruskan hal2 macam nie.rasanye macam0macam nak kne fkir..

Wednesday, March 18, 2009

TAG FROM MAMA IRIS....

16 things about me :-
1.Masih lagi bujang tapi akan menamatkan zaman bujang bulan 6 nanti...hehehehe
2.Anak sulung dari 3 orang adik beradik...huhu
3.Seorang yang agak lembut dan mudah tersentuh walaupun perkara-perkara yang kecil...muahahaha
4.Goverment servant...
5.Suka shopping dan makan angin (cuti-cuti malaysia)...:)
6.Menyimpan impian untuk further study..:)
7.Nak lebih berjaya dalam karier pada masa akan datang
8.Bercita-cita untuk menjadi bakal isteri dan staff yang komitmen...huhuhu
9.Seorg yg tabah menghadapi dugaan hidup
10.Tidak dikategorikan dalam perempuan yang cantik tapi bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t bagi..kikikiki
11.Kuat berangan nak2 time blaja,lain cikgu ajar,lain aku fikir...hihihi
12.Agak penakut
13.Agak Skema tapi kne pada masa....
14.Suka kepada barang2 yang cantik!!!
15.Suka berkemas dan rimas kepada benda2 yang bersepah
16.Tak suka buat keje kelam-kabut, biar sibuk tapi ada flow untuk selesaikan tugas...hihihi

HUH...
boleh tahan jawab TAG untuk Mama Iris nie...
Apapun nie la jawapannye..THANKS ADA..
akhirnya sempat jugak aku jawab TAG ko nie...huhuhu

Tuesday, March 17, 2009

Menghitung Hari....


Pernah tak korang terasa...dikala terdengar lagu-lagu yang menyentuh perasaan..tiba2 korang mengelamun jauh..memikirkan apa yang dah terjadi sebelum ini dan ape yang korang capai sekarang nie...kadang2 benda yang lepas tu,banyak mengajar kita untuk lebih dewasa..klu pengalaman yang lepas tu berlaku pada kita mungkin kita tak sekuat sekarang nie kan....itula yang aku rasa sekarang nie..
Alhamdulillah,berkat kesabaran dan kekuatan yang diberi oleh Allah S.W.T menguatkan diri aku untuk lebih tabah dalam menghadapi cabaran akan datang...InsyaALLAH (Doakan aku kawan-kawan semoga tabah menghadapi dunia baru akan datang). Aku percaya satu hari aku akan rindukan masa-masa bujangku...ape yang aku buat,yang aku lalui,dengan sape aku pernah sayang yang sememangnya semakin jauh aku tinggalkan dan semua tu akan menjadi kenangan dalam hidupku sampai bila-bila....

Belum Cuba Belum Tahu...


Rasa bosan plak bile slalu sangat 'outstation'. tapi nak tak nak kene jugak jalankan tugas..seperti yang sedia maklum : "saya menurut perintah"...hehehe
Tugas perlu dilaksanakan dengan rela hati dan ikhlas..Apepun happy..
Sempat la jugak aku snap beberapa gambar masa aku jalankan kerja-kerja sebagai secretariat untuk Latihan Simulasi Avian/Pandemic Influenza..Seronok barulah tergambar di hati bila berada di lapangan tengok gelagat dan yang paling penting dapat menimba ilmu baru.So kawan-kawan...nie la antara yang dapat aku kongsikan bersama ngan korang...

Thursday, March 5, 2009

Comelnyer....;)


emmm...trasa rindu plak dekat minah sorang nie
biasa hujung minggu jer aku akan balik ke Pekan untuk melepaskan rindu kat dia
tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan x dapat nak balik...
tapi kak Long ada toys baru nak bagi kat damia balik nanti...mmmmmmuuuuaaah

SERONOKNYA BEKERJA.....

Bekerja mencari rezeki, sama ada sendiri atau makan gaji dengan majikan
suatu amalan yang sebati dengan dengan kaum wanita....
Sabda Rasulullah, "Jika sesorang di antara kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual(bagi mendapatkan rezeki)di pasar, adalah lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak...tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah." (Riwayat Muslim)

Wednesday, March 4, 2009

Renungan Bersama.....

SEBENAR-BENAR ILMU

Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang dapat mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu akhirat seperti tauhid atau ilmu dunia seperti matematikkerana kedua-duanya jenis ilmu ini mengajar kita mengenai kewujudan Allah dan kekuasaan Allah. Pesanan imam Syafie: " Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatkanmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang yang soleh"
Ilmu yang dimiliki akan menjadikan seseorang lebih berketerampilan dan berwibawa.Namun sebaik-baiknya ilmu itu dihayati agar boleh jadi penyuluh jalan untuk mengharungi kehidupan.