"Ya Allah, ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezeki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindungan-Mu daripada kesempitan tempat berdiri di akhirat kelak."

Wednesday, January 26, 2011

10 PERINGATAN BUMI

Untuk peringatan pada diri sendiri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas Bin Malik r.a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan
10 perkara.

  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engakau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia besiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Monday, January 24, 2011

SEMANGAT BARU

kejap jer masa berlalu..
dah nak habis bln 1 rupenye..
29/1 nie nur aqilah dayana dah masuk 10 bulan.
Seronok tgk perkembangan aqilah yang semakin membesar, pandai merajuk, semakin tak duduk diam, macam dah besar sangat...:)
Hari-hari duk melayan karenah dia yg mcm2...kadang2 sungguh tercabar kesabaran nie..tapi itulah hakikatnya yang perlu ditempuhi dalam membesarkan dia...
Harap-harap Nur Aqilah Dayana ini menjadi anak yang soleh,dan yang paling penting menjadi anak yang baik dunia dan akhirat..AMIN..